Hari Arafah 2026: Amalan Sunat, Doa & Cara Menghidupkan Hari Paling Mustajab

SHI_f0a7862a-6329-4823-abb3-f2f0d62d22fc.png
SHI_f0a7862a-6329-4823-abb3-f2f0d62d22fc.png

Hari yang kita semua tahu… tapi jarang memanfaatkan dengan sebaiknya

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Aidiladha. Pada hari ini, jutaan jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan ibadah wukuf, satu momen yang sangat besar dalam ibadah haji.

Tapi untuk kita yang berada di Malaysia, walaupun tidak direzekikan untuk berada di bumi Mekah melaksanakan rukun Islam yang ke-5, hari ini tetap membawa makna yang sama.

Hari Arafah dikenali sebagai hari keampunan, hari doa yang paling mustajab, dan antara hari yang terbaik untuk kita kembali kepada Allah.

Masalahnya, ramai antara kita tahu tentang kelebihannya… tapi tak benar-benar tahu bagaimana cara terbaik untuk menghidupkan hari yang mulia ini.

Bukan sebab tak mahu. Tapi sebab tak pasti nak mula dari mana. Betul tak?

Kenapa Hari Arafah ini berbeza?

Dibanding dengan hari-hari lain dalam setahun, Hari Arafah ada satu keistimewaan yang jarang kita dapat pada hari lain.

Ia adalah hari di mana doa lebih dekat untuk dikabulkan. Hari di mana keampunan Allah terbuka luas. Dan hari di mana usaha-usaha kecil pun boleh membawa ganjaran yang besar.

Sebab itu, para ulama sangat menekankan untuk tidak biarkan hari ini berlalu begitu sahaja.

Tak perlu pun buat sesuatu yang luar biasa. Cukuplah dengan amalan yang simple, tapi dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan mengharapkan ganjaran yang besar di sisi Allah.

e99f90bdd6454e9029c03d9b01ffb912.jpg
Kenapa Hari Arafah ini berbeza?

Dibanding dengan hari-hari lain dalam setahun, Hari Arafah ada satu keistimewaan yang jarang kita dapat pada hari lain.

Ia adalah hari di mana doa lebih dekat untuk dikabulkan. Hari di mana keampunan Allah terbuka luas. Dan hari di mana usaha-usaha kecil pun boleh membawa ganjaran yang besar.

Sebab itu, para ulama sangat menekankan untuk tidak biarkan hari ini berlalu begitu sahaja.

Tak perlu pun buat sesuatu yang luar biasa. Cukuplah dengan amalan yang simple, tapi dilaksanakan dengan niat yang ikhlas dan mengharapkan ganjaran yang besar di sisi Allah.

Amalan sunat Hari Arafah yang boleh diamalkan (simple & jelas)

Untuk permulaan, ini antara amalan yang paling dianjurkan. Tak perlu buat semua tau, pilih yang mana mampu dan konsisten amalkan sepanjang hari-hari menanti Arafah.

Puasa Arafah
Bagi yang tidak menunaikan haji, puasa pada hari ini sangat digalakkan. Ia disebut mampu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Perbanyakkan doa
Ini adalah waktu terbaik untuk berdoa. Tak perlu doa yang panjang atau sempurna. Cukup doa yang ikhlas dari hati; untuk diri sendiri, keluarga, dan juga mereka yang sedang berada di Arafah.

Zikir & istighfar
Lafazkan zikir yang mudah seperti Astaghfirullah atau tasbih boleh diulang sepanjang hari. Ia membantu hati lebih tenang dan fokus.

Menghidupkan malam Arafah
Jika mampu, luangkan sedikit masa di malam hari untuk solat sunat, membaca Quran atau sekadar berdoa dalam keadaan tenang.

Bersedekah
Jangan risau tentang bilangan atau saiz sumbangan. Walaupun kecil, sedekah pada hari ini membawa makna yang sangat besar. Ia bukan hanya membantu orang lain, tapi juga membersihkan hati kita sendiri.
827fd90aa4a74e77941ac2435e64cb5e.thumbnail.0000000000.jpg
827fd90aa4a74e77941ac2435e64cb5e.thumbnail.0000000000.jpg

Effort yang sebenar adalah untuk memulakan

Setiap hari, kita dah dibiasakan untuk bergerak tanpa henti. Kerja, urusan rumah, mesej yang tak henti-henti, semuanya berlaku serentak sampai kita sendiri tak sempat untuk berhenti untuk urusan lain, inikan pula untuk diri sendiri.

Realitinya, Hari Arafah hadir di tengah semua itu.

Dan mungkin cabaran paling besar bukan untuk buat lebih banyak amalan, tetapi untuk ambil satu langkah ke belakang daripada kehidupan dan memberi sedikit ruang untuk benar-benar menghayati Hari Arafah.

Bukan sekadar baca atau ulang zikir atau doa, tapi duduk dan sedar, ini adalah hari yang Allah buka ruang seluas-luasnya untuk kita minta.

Pentingnya ketenangan hati dalam meminta...

Kadang kita terlalu cepat nak berdoa, sampai kita sendiri tak sempat betul-betul memproses dan menjiwai apa yang kita nak minta.

Cuba ambil sekejap satu momen. Tarik nafas perlahan. Letakkan telefon. Tak perlu terus cakap berdoa. Duduk dengan tawadhu'.

Bila hati dah sedikit tenang, barulah doa itu datang dengan lebih jujur dan ikhlas, bukan sekadar apa yang kita hafal, tapi apa yang kita betul-betul rasa.
Ramai sebenarnya stuck dekat sini. Bila tiba Hari Arafah, kita tahu ini hari yang besar, hari yang mustajab untuk berdoa… tapi bila angkat tangan, terus blank tak tahu nak mula dari mana, kan?

Mungkin sebab terlalu banyak benda dalam hati sampai susah nak susun atau kerana dah lama tak betul-betul bertawakkul dan bercakap dengan Allah secara mendalam.

Kita sarankan untuk mula dengan doa yang Nabi SAW sendiri ajar dan sering dibaca pada Hari Arafah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”

Rasulullah SAW menyebut bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.

Dan kalau masih rasa susah untuk meluahkan, mulakan dengan doa yang paling ringkas:

“Ya Allah, ampunkan aku, lembutkan hati aku, dan permudahkan apa yang sedang aku hadap sekarang.”

Tak perlu ayat terlalu panjang atau berbunga-bunga.
Tak semua orang dapat duduk seharian membaca Quran atau beribadah tanpa henti, kan? Ada yang bekerja, mengurus keluarga, traveling jauh untuk kerja, atau masih perlu melalui rutin harian seperti biasa.

Indahnya Hari Arafah ni, ia tak semestinya dihidupkan dengan sesuatu yang “besar” atau "gah". Imam al-Nawawi sendiri menekankan supaya umat Islam memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar di mana sahaja mereka berada.

Sebab itu, selitkan sahaja amalan kecil sepanjang hari:

1. Ulang Astaghfirullah ketika memandu
2. Pasang bacaan Quran dalam perjalanan
3. Baca selawat sementara buat kerja rumah
4. Ambil lima minit sebelum tidur untuk berdoa

Kadang kita terlalu fokus nak buat semuanya sampai akhirnya tak buat apa-apa. Padahal, amalan kecil yang dibuat dengan ikhlas jauh lebih bermakna daripada checklist panjang yang hanya tinggal niat.
Malam sebelum Aidiladha selalunya sibuk. Rumah mula penuh, dapur mula hidup, ramai mula sibuk dengan persiapan esok hari.

Tapi di celah semua itu, cuba curi sedikit masa untuk diri sendiri.

Ambil wuduk dengan betul & sempurna. Solat dua rakaat. Duduk sekejap tanpa telefon. Dan baca apa sahaja doa yang benar-benar dekat dengan hati waktu itu.

Antara doa yang sering dibaca oleh para ulama' pada Hari Arafah ialah:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.”

Dan ada satu pesanan Imam al-Nawawi tentang Hari Arafah yang terasa sangat dekat di hati:

"Hari ini adalah antara hari terbaik dalam setahun untuk berdoa, maka jangan sia-siakan peluang yang tidak pasti akan datang lagi pada tahun hadapan."

Mungkin kita tidak berada di Padang Arafah tahun ini. Tapi mudah-mudahan, hati kita tetap sampai kepada Allah dengan doa yang ikhlas.

Hari Arafah bukan sekadar hari yang terbaik, tetapi antara waktu yang paling tepat untuk kita benar-benar berhenti seketika dan meminta dengan jujur apa yang selama ini kita simpan dalam hati. Kalau sepanjang hari itu kita tak sempat lakukan banyak amalan, jangan lepaskan sekurang-kurang satu perkara ini: ambil sedikit masa, walaupun sekejap, dan berdoa dengan tenang. Ulang doa seperti “La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minaz-zalimin” (Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang menzalimi diri sendiri), dan jika tak pasti apa yang ingin diminta, cukup dengan doa yang paling sederhana, “Ya Allah, ampunkan aku, perbaiki hidup aku, dan dekatkan aku dengan perkara yang baik.” Kadang-kadang nilai doa itu tidak terletak pada panjangnya ia, tetapi sejauh mana kita benar-benar ikhlas dalam setiap permintaan itu, kerana Hari Arafah datang hanya sekali setahun, teramatlah rugi jika ia berlalu tanpa kita betul-betul memanfaatkannya.